Bagaimana Menerima Bayaran di Internet

Kepada yang belum terlibat dalam perniagaan internet,semoga ia akan memberi sedikit idea untuk anda memulakan perniagaan anda. Saya akan tunjukkan flow atau langkah bagi mereka yang menjual produk digital seperti ebook,video dan sebagainya.

Pembeli

1. Pembeli melawat laman web dan membayar dengan internet banking(mbb,rhb,bi,cimb,pb).Mereka buka akaun internet banking dan transfer duit ke akaun anda.
2. Pembeli akan mengisi borang pengesahan dan menyertakan bukti bayaran(optional).

p/s:Jika anda gunakan mbb(maybank2u),minta agar pembeli masukkan email anda semasa urusan transfer untuk rujukan anda.Anda akan menerima email dari mbb bahawa anda terima duit dari pembeli.

p/p/s:Bagi pembeli yang bank in,minta agar mereka scan dan emailkan slip bank tersebut ke email anda.Ini memudahkan anda membuat rujukan jika berlakunya kekeliruan.

Penjual

* Anda semak transaksi didalam akaun internet banking anda.Bandingkan transaksi dengan borang pengesahan. Jika ia meragukan,sila email pembeli dengan segera.
* Setelah bayaran telah disahkan, email atau pos produk anda kepada pembeli dengan segera.
* Jawap sebarang persoalan dari pembeli dan bakal pembeli.

Fake Buyer

Biasanya mereka ini mengisi borang pengesahan dan tidak membuat bayaran kepada anda. Anda perlu cek dengan berhati hati dan bandingkan dengan transaksi didalam akaun bank anda. Hubungi mereka dan meminta bukti bayaran.Jangan pula mengatakan mereka tak bayar.Cuma minta bukti bayaran sahaja.Jadi paham paham jela.

Jika mereka berminat untuk membeli produk anda,mereka akan membayar selepas itu. Jika tidak mereka akan tidak akan melakukan apa apa.Jadi anda pun tak perlu buat apa apa jugak kerana mereka tidak berminat utk beli.Mereka isi borang pengesahan dengan harapan mendapat produk anda secara percuma.Saya pernah terbagi link download kepada fake buyer.Ini akan berlaku jika anda terkeliru dengan transaksi yang terlalu banyak.

Bayaran Melalui Pos

Perlu diingat.Anda perlu berikan link download setelah wang pos, money order atau cek sampai kepada anda.Jika mereka mengisi borang pengesahan,tunggu sehingga wang pos mereka sampai. Jangan berikan link download tanpa menunggu duit mereka sampai. Minta agar mereka bersabar sehingga wang mereka sampai ke tangan anda.

Bayaran dengan Kad Kredit

Sebenarnya dengan kad Kredit kita boleh set terus ke link download setelah mereka bayar.Anda tidak perlu monitor sangat.Namun,ada juga fake buyer akan mengunakan borang pengesahan. Apa yang anda patut buat ialah email mereka dan beritahu bahawa mereka boleh download terus setelah selesai bayaran dengan kad kredit/paypal. Beritahu mereka bahawa mereka sebenarnya masih belum membayar jika tidak mendapat link download lagi(ini kes fake buyer atau buyer yang tak tahu).Kalo dia betul² bayar, emailkan link download ke email mereka agar mereka boleh simpan email tersebut untuk rujukan pada masa akan datang.

Sebenarnya konsep perniagaan internet konsep dia lebih kepada “You want it,You buy it” atau “Buy or Leave”. Sebelum mereka meninggalkan laman web anda,berikan sesuatu percuma agar mereka opt in. Anda boleh follow up melalui email dan menjadikan mereka sebagai pembeli. Konsepnya memang keras skit.Tapi ia sangat berkesan.

Ini adalah kerana mereka akan fikirnya terlebih dahulu. Jika anda follow up,ia akan trigger perasaan ingin beli dan terus membeli dari anda.Ini adalah konsep dalam email marketing.

Jadi belajar la sedikit demi sedikit konsep perniagaan dan pemasaran internet.Tanpa pemasaran, perniagaan anda tidak akan berjaya.

sumber : rajaadsense.com

No comments: