7 tips untuk membina laman web yang membuat duit…

Mempunyai laman web yang mempunyai Google Adsense semestinya amat menarik, lebih-lebih lagi jika laman web tersebut mempunyai pengunjung yang ramai, jumlah klik yang tinggi sudah tentunya akan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Apa yang kita perlu ada hanyalah akaun Google Adsense yang sudah tentunya percuma (jika ada yang belum mempunyai akaun adsense lagi, sila klik di sini) dan juga laman web atau blog yang juga adalah percuma (jika anda sendiri yang membuatnya). Semua percuma? jadi dapat duit free la? Ha..tau takpe..

Tapi jangan gembira terlalu awal, kerana mengikut kajian, hanya 2% dari mereka yang menyertai program Adsense berjaya. Kajian ini menunjukkan ia tidak sesenang yang disangka, kerana untuk berjaya, kita perlukan taktik dan strategi yang tersendiri; sama seperti kita mahu berperang, sudah tentu kita perlukan taktik dan strategi yang mantap untuk mengalahkan musuh kita.

#1 - Kepadatan keyword (keyword density)

Sebelum meletakkan code adsense di web anda, pastikan kepadatan keyword anda di tahap yang boleh dikatakan ok. Ini untuk memastikan iklan yang betul muncul di web anda, tidaklah nanti web anda tentang kasut, tapi iklan pula keluar pasal komputer. Siapa pula nak klik kan? Satu cara mudah dan percuma memastikan iklan yang betul akan keluar di web anda adalah dengan pergi ke http://www.resultsgenerator.com/adsense/.

Jika iklan yang keluar tidak sesuai dengan web anda, jangan bersedih kerana apa yang anda perlu buat hanyalah menukar keyword anda, semudah itu! Jika anda tidak pasti keyword apa yang perlu digunakan, boleh dapatkan cadangan keyword dari Overture ataupun Word Tracker.

#2 - Fokus

Iklan yang akan muncul di web anda tidak bergantung kepada keyword semata-mata, ia juga bergantung kepada isi kandungan web anda. Jadi keyword dan content anda sepatutnya berkait rapat, janganlah content tentang ubi kentang, tapi buat keyword “Cara nak cepat kaya” pula.. ;P

#3 - Kerap menulis

Lebih banyak maklumat lebih baik. Mengapa? Lebih banyak maklumat di web anda, lebih banyak pelawat akan datang. Ada yang mencadangkan anda menulis satu artikel baru setiap hari memandangkan tidak ada orang mahu membaca artikel yang sama setiap kali mereka melawat web anda!

#4 - Pilih format yang betul

Adsense membenarkan kita memilih sendiri format untuk iklan mereka. Kajian menunjukkan iklan yang lebar lebih banyak diklik berbanding format iklan yang lain. Antara format yang menjadi pilihan;

1. 336×280 large rectangle
2. 300×250 medium rectangle
3. 160×600 wide skyscraper

format 468×15 untuk diletakkan di bawah menu juga tidak boleh diabaikan.

#5 - Warna itu penentu!

Anda mempunyai pilihan untuk menentukan warna untuk iklan adsense anda, akan tetapi perkara yang terbaik boleh dilakukan ialah, pilih warna yang serasi dengan warna web adsense anda. Contoh yang selalu dilakukan, warna border dan background iklan sama warna dengan background web. Teknik sebegini amat popular buat masa ini.

#6 - Kedudukan juga menjadi penentu!

Sudah diketahui umum bahawa, pelawat akan menentukan laman web kita itu berbaloi untuk dilawati ataupun tidak. Jadi, susun atur laman web seharusnya menarik dan senang dibaca. Begitu juga dengan iklan adsense, kita perlu menentukan kedudukan yang paling sesuai dan senang dilihat oleh pelawat.

#7 - Maximumkan iklan anda

Adsense membenarkan anda meletangan meletakkkkan 3 unit iklan dalam setiap page, 2 unit search box dan juga 1 unit ad link. Dean semuanya di dalam satu page, anda akan memaksimakan peluang untuk iklan adsense tersebut diklik.

Fikir-fikirkanlah 7 tips adsense ini, kerana jika dipraktikkan dengan sebaiknya, saya yakin clickthrough rates anda akan meningkat, sekaligus meningkatkan pendapatan adsense anda.

Dipetik dari http://www.mdpai.com

No comments: