1. Sertai beberapa program affiliate yang terbaik samada dari segi produk dan komisen yang dibayar serta reputasi pihak penganjur program tersebut. Komisen bagi produk affiliate untuk produk digital biasanya 40-50% daripada harga produk. Maka utamakan komisen sebegitu jika anda inginkan hasil yang memuaskan dan setimpal daripada usaha anda.
Produk affiliate mestilah ada permintaan (dikehendaki ramai) dan masih relevan dengan keadaan semasa. Kebanyakan penganjur program affiliate hanya ingin 'mempergunakan' anda untuk memperbanyakkan jualan mereka tetapi memberikan anda komisen yang 'sedikit' dan tidak setimpal dengan usaha kuat anda.
2. Sertai program PPC seperti Google Adsense atau lain-lain. Untuk program jenis ini, pilih hanya satu sahaja kerana biasanya menjadi syarat program tidak boleh mencampurkan dengan mana-mana program PPC yang lain.
Konsep asas untuk mendapatkan bayaran yang memuaskan melalui program google adsense adalah kandungan (artikel) yang fresh dan ori, keyword bernilai tinggi, pemilihan ads yang berkesan dan sudah tentunya blog anda memiliki pengunjung yang ramai.
Untuk mengetahui teknik-teknik adsense secara praktikal, dapatkan ebook panduan di dalam bahasa melayu dengan klik pada link berikut:
http://smartusaha.com/adsense.html
3. Menjual ruang iklan samada secara menggunakan pihak tengah atau melakukannya sendiri. Untuk menggunakan pihak tengah, anda boleh mencuba di http://text-link-ads.com atau di http://adbrite.com. Namun, mereka mengenakan syarat-syarat tertentu yang biasanya jika blog anda masih lagi baru, kebiasaannya amat sukar untuk mendapat kelulusan mereka.
Jika permohonan anda tidak lulus, maka jalan kedua adalah menjual ruang iklan sama ada banner atau link di blog anda kepada sesiapa yang berminat. Saya telah melakukan kedua-dua cara dan hasil yang saya dapati amat memuaskan. Namun, sebelum anda menjual ruang iklan, utamakan teknik-teknik yang dinyatakan di dalam ebook Kit Blogger.
4. Menjual produk sendiri. Ini sudah semestinya anda lakukan, jika boleh. Gunakan sebaik mungkin blog anda untuk 'mempromosikan' produk anda sendiri.
Itulah 4 cara buat duit melalui blog dan jika anda menggabungkan kesemua cara tersebut dan melakukan secara fokus dan serius, anda dapat melipat-gandakan pendapatan anda di internet.
Sekali lagi dinyatakan, segala tips yang anda dapat secara bersiri ini tidak akan lengkap jika anda tidak memiliki Siri Kit Blogger yang boleh didapatkan di http:///bloggingsteps.com/kit.
Nantikan tip ke-2 di inbox emel anda!
Ikhlas,
Mohd Zulfadli aka SmartZuL.
No comments:
Post a Comment