7 tips untuk membina laman web yang membuat duit…

Mempunyai laman web yang mempunyai Google Adsense semestinya amat menarik, lebih-lebih lagi jika laman web tersebut mempunyai pengunjung yang ramai, jumlah klik yang tinggi sudah tentunya akan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Apa yang kita perlu ada hanyalah akaun Google Adsense yang sudah tentunya percuma (jika ada yang belum mempunyai akaun adsense lagi, sila klik di sini) dan juga laman web atau blog yang juga adalah percuma (jika anda sendiri yang membuatnya). Semua percuma? jadi dapat duit free la? Ha..tau takpe..

Tapi jangan gembira terlalu awal, kerana mengikut kajian, hanya 2% dari mereka yang menyertai program Adsense berjaya. Kajian ini menunjukkan ia tidak sesenang yang disangka, kerana untuk berjaya, kita perlukan taktik dan strategi yang tersendiri; sama seperti kita mahu berperang, sudah tentu kita perlukan taktik dan strategi yang mantap untuk mengalahkan musuh kita.

#1 - Kepadatan keyword (keyword density)

Sebelum meletakkan code adsense di web anda, pastikan kepadatan keyword anda di tahap yang boleh dikatakan ok. Ini untuk memastikan iklan yang betul muncul di web anda, tidaklah nanti web anda tentang kasut, tapi iklan pula keluar pasal komputer. Siapa pula nak klik kan? Satu cara mudah dan percuma memastikan iklan yang betul akan keluar di web anda adalah dengan pergi ke http://www.resultsgenerator.com/adsense/.

Jika iklan yang keluar tidak sesuai dengan web anda, jangan bersedih kerana apa yang anda perlu buat hanyalah menukar keyword anda, semudah itu! Jika anda tidak pasti keyword apa yang perlu digunakan, boleh dapatkan cadangan keyword dari Overture ataupun Word Tracker.

#2 - Fokus

Iklan yang akan muncul di web anda tidak bergantung kepada keyword semata-mata, ia juga bergantung kepada isi kandungan web anda. Jadi keyword dan content anda sepatutnya berkait rapat, janganlah content tentang ubi kentang, tapi buat keyword “Cara nak cepat kaya” pula.. ;P

#3 - Kerap menulis

Lebih banyak maklumat lebih baik. Mengapa? Lebih banyak maklumat di web anda, lebih banyak pelawat akan datang. Ada yang mencadangkan anda menulis satu artikel baru setiap hari memandangkan tidak ada orang mahu membaca artikel yang sama setiap kali mereka melawat web anda!

#4 - Pilih format yang betul

Adsense membenarkan kita memilih sendiri format untuk iklan mereka. Kajian menunjukkan iklan yang lebar lebih banyak diklik berbanding format iklan yang lain. Antara format yang menjadi pilihan;

1. 336×280 large rectangle
2. 300×250 medium rectangle
3. 160×600 wide skyscraper

format 468×15 untuk diletakkan di bawah menu juga tidak boleh diabaikan.

#5 - Warna itu penentu!

Anda mempunyai pilihan untuk menentukan warna untuk iklan adsense anda, akan tetapi perkara yang terbaik boleh dilakukan ialah, pilih warna yang serasi dengan warna web adsense anda. Contoh yang selalu dilakukan, warna border dan background iklan sama warna dengan background web. Teknik sebegini amat popular buat masa ini.

#6 - Kedudukan juga menjadi penentu!

Sudah diketahui umum bahawa, pelawat akan menentukan laman web kita itu berbaloi untuk dilawati ataupun tidak. Jadi, susun atur laman web seharusnya menarik dan senang dibaca. Begitu juga dengan iklan adsense, kita perlu menentukan kedudukan yang paling sesuai dan senang dilihat oleh pelawat.

#7 - Maximumkan iklan anda

Adsense membenarkan anda meletangan meletakkkkan 3 unit iklan dalam setiap page, 2 unit search box dan juga 1 unit ad link. Dean semuanya di dalam satu page, anda akan memaksimakan peluang untuk iklan adsense tersebut diklik.

Fikir-fikirkanlah 7 tips adsense ini, kerana jika dipraktikkan dengan sebaiknya, saya yakin clickthrough rates anda akan meningkat, sekaligus meningkatkan pendapatan adsense anda.

Dipetik dari http://www.mdpai.com

Bagaimana Menerima Bayaran di Internet

Kepada yang belum terlibat dalam perniagaan internet,semoga ia akan memberi sedikit idea untuk anda memulakan perniagaan anda. Saya akan tunjukkan flow atau langkah bagi mereka yang menjual produk digital seperti ebook,video dan sebagainya.

Pembeli

1. Pembeli melawat laman web dan membayar dengan internet banking(mbb,rhb,bi,cimb,pb).Mereka buka akaun internet banking dan transfer duit ke akaun anda.
2. Pembeli akan mengisi borang pengesahan dan menyertakan bukti bayaran(optional).

p/s:Jika anda gunakan mbb(maybank2u),minta agar pembeli masukkan email anda semasa urusan transfer untuk rujukan anda.Anda akan menerima email dari mbb bahawa anda terima duit dari pembeli.

p/p/s:Bagi pembeli yang bank in,minta agar mereka scan dan emailkan slip bank tersebut ke email anda.Ini memudahkan anda membuat rujukan jika berlakunya kekeliruan.

Penjual

* Anda semak transaksi didalam akaun internet banking anda.Bandingkan transaksi dengan borang pengesahan. Jika ia meragukan,sila email pembeli dengan segera.
* Setelah bayaran telah disahkan, email atau pos produk anda kepada pembeli dengan segera.
* Jawap sebarang persoalan dari pembeli dan bakal pembeli.

Fake Buyer

Biasanya mereka ini mengisi borang pengesahan dan tidak membuat bayaran kepada anda. Anda perlu cek dengan berhati hati dan bandingkan dengan transaksi didalam akaun bank anda. Hubungi mereka dan meminta bukti bayaran.Jangan pula mengatakan mereka tak bayar.Cuma minta bukti bayaran sahaja.Jadi paham paham jela.

Jika mereka berminat untuk membeli produk anda,mereka akan membayar selepas itu. Jika tidak mereka akan tidak akan melakukan apa apa.Jadi anda pun tak perlu buat apa apa jugak kerana mereka tidak berminat utk beli.Mereka isi borang pengesahan dengan harapan mendapat produk anda secara percuma.Saya pernah terbagi link download kepada fake buyer.Ini akan berlaku jika anda terkeliru dengan transaksi yang terlalu banyak.

Bayaran Melalui Pos

Perlu diingat.Anda perlu berikan link download setelah wang pos, money order atau cek sampai kepada anda.Jika mereka mengisi borang pengesahan,tunggu sehingga wang pos mereka sampai. Jangan berikan link download tanpa menunggu duit mereka sampai. Minta agar mereka bersabar sehingga wang mereka sampai ke tangan anda.

Bayaran dengan Kad Kredit

Sebenarnya dengan kad Kredit kita boleh set terus ke link download setelah mereka bayar.Anda tidak perlu monitor sangat.Namun,ada juga fake buyer akan mengunakan borang pengesahan. Apa yang anda patut buat ialah email mereka dan beritahu bahawa mereka boleh download terus setelah selesai bayaran dengan kad kredit/paypal. Beritahu mereka bahawa mereka sebenarnya masih belum membayar jika tidak mendapat link download lagi(ini kes fake buyer atau buyer yang tak tahu).Kalo dia betul² bayar, emailkan link download ke email mereka agar mereka boleh simpan email tersebut untuk rujukan pada masa akan datang.

Sebenarnya konsep perniagaan internet konsep dia lebih kepada “You want it,You buy it” atau “Buy or Leave”. Sebelum mereka meninggalkan laman web anda,berikan sesuatu percuma agar mereka opt in. Anda boleh follow up melalui email dan menjadikan mereka sebagai pembeli. Konsepnya memang keras skit.Tapi ia sangat berkesan.

Ini adalah kerana mereka akan fikirnya terlebih dahulu. Jika anda follow up,ia akan trigger perasaan ingin beli dan terus membeli dari anda.Ini adalah konsep dalam email marketing.

Jadi belajar la sedikit demi sedikit konsep perniagaan dan pemasaran internet.Tanpa pemasaran, perniagaan anda tidak akan berjaya.

sumber : rajaadsense.com

Apa itu SEO (Search Engine Optimization)

SEO atau singkatan kepada Search Engine Optimization ialah kaedah yang digunakan oleh webmaster untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi di dalam enjin carian internet. Setiap orang yang memiliki laman web mahukan setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mendapat perhatian umum. Jika anda ada produk yang ingin dijual di internet, SEO adalah langkah perlu bagi mempromosi produk anda kerana internet adalah medium yang paling berkesan untuk tujuan pemasaran.SEO ialah proses berterusan bermula dengan ptimasi laman web, kemaskini secara bulanan, menilai keputusan search dari semasa ke semasa dan penambah baikanaman web anda.

Enjin carian internet adalah raja dalam dunia internet. Jika anda mahu laman web anda berjaya, ia perlulah diperkenal ke seluruh dunia melalui enjin carian. Untuk tujuan ini, berusahalah untuk mendapatkan ranking yang tinggi di dalam enjin carian. Enjin carian akan memberikan ranking tertentu berdasarkan kriteria yang berbeza. Apabila robot atau spider singgah ke laman web anda, ia akan memeriksa samada laman web memenuhi keperluan di dalam enjin carian. Berdasarkan keperluan ini, setiap laman web akan diberikan ranking tertentu dan ranking inilah yang akan menentukan sejauh mana kedudukan anda di dalam web.

Penting: Jangan sekali-kali cuba menipu enjin pencari semata-mata mahukan ranking yang tinggi kerana algoritma enjin pencari akan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa. Silap-silap ranking anda boleh turun secara mendadak atau terus tiada ranking langsung. Sebelum memulakan proses Search Engine Optimization, penting bagi anda untuk memahami tujuan sebenar SEO. Cuba kumpul seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan sebelum melakukan SEO bagi laman anda. Jika anda berjaya dalam SEO, anda sebenarnya sudahpun boleh dikatakan berjaya di dalam perniagaan internet. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh membaca disini

Tiga Enjin Carian Palin Top

1. Google
2. Yahoo
3. MSN
4. Cari(Malaysia)

TM sasar 1.24 juta pelanggan jalur lebar

Telekom Malaysia (TM), menerusi anak syarikat TM Net, mensasarkan pengguna yang melanggan perkhidmatan jalur lebarnya mencapai sehingga 1.24 juta pada akhir tahun ini.

TM Net mempunyai kira-kira 1.06 juta pelanggan jalur lebar ketika ini dan akan terus menggalakkan seramai mungkin pelanggan `dial-up' untuk bertukar kepada perkhidmatan itu.

Naib Presiden, Pemasaran Bersepadunya, Zainab Hashim, berkata bagi mencapai sasaran itu, TM berharap dapat menarik sehingga 30,000 pelanggan jalur lebar setiap bulan.

"Untuk mencapainya, pelbagai usaha dirancang seperti mengadakan promosi jualan bergerak dan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memberi kelebihan kepada pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Portal Kembara HyppTrips Bluehyppo di Queensbay Mall, semalam. Hadir sama, Pengurus Besar TM negeri, Ir Lai Hook Kian.

HyppTrips adalah saluran mengenai kembara terkini disediakan dalam Portal BylueHyppo.com dan diperkenalkan bagi mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007 dan sambutan Kemerdekaan ke-50.


sumber : berita harian